Serasanya skill untuk bercerita pun dah mula karat. Sejak dapat bertukar tempat kerja ke jabatan baru di Kelantan, sejak itulah saya 'tidur' seketika untuk update.
Banyaklah perkara yang dah berlaku sejak itu. Cuma tak ambil masa untuk rekod di sini saja.
Sejak awal bulan Julai 2010, saya mula mencebur diri dalam dunia fotografi DSLR pula. Akhir-akhir ini juga mula ingin berjinak-jinak dengan dunia trading/investing di Bursa Malaysia.
Ada juga baru-baru ini saya cuba buka akaun tumblr baru di tfotografi.tumblr.com - sekadar memaparkan hasil-hasil kerja fotografi saya. Namun, tidaklah begitu cepat update berbanding di FB saya.
Okeylah, setakat ni dulu untuk kali ni. Jumpa lagi =)





