Saturday, June 28, 2008

EVERYDAY I LOVE MY JOBS!

Lama tak tulis-tulis. Banyak benda yang berlaku dalam 2 minggu ini.

i. Saya sertai team kami buka booth di Perdana Resort.

ii. Saya sertai beberapa talk di pejabat (Public Mutual KB Branch).

iii. Saya submit 2 kes untuk kad kredit MBF.

iv. Saya submit beberapa kes (setakat sekarang, baru sahaja ada RM20,000++ dana terkumpul pelabur-pelabur saya yang melabur melalui saya, Alhamdulillah).

Pendek kata, setiap hari saya bekerja dengan seronok. Ya, dengan rasa penuh gembira dan bahagia dengan kerja-kerja saya. Saya tidak suka kerja yang statik dan bersifat rutin. Saya suka ke sana ke mari, berjumpa orang yang hebat-hebat dan berjumpa kenalan-kenalan baru. Dan yang LEBIH PENTING, saya cuba membantu sehabis baik dalam merancang kewangan semua orang setakat yang termampu. :)

Oh, selepas balik dari pejabat dua hari lepas, sewaktu saya berada di dalam kereta bersama Mama saya, saya ternampak plat kereta ini.



Pelik atau tidak?

PS: Saya menang 4 tempat duduk percuma untuk talk pasal "How To Make Massive Profits Investing EPF with the Government Approved EPF Plan!" & "How To Create a Super Pumped-Up TEAM that creates phenomenal Results and Outstanding Lives!" pada 4 Julai nanti di Public Mutual Kota Bharu oleh Nazril Idrus (suami Sazzy Falak) semalam melalui blog beliau. Thank you Nazril! :D

0 comments: