
Oleh kerana ingin memenuhi permintaan dan berkongsi, maka saya buat entri ini khas untuk semua. :)
Pandangan yang paling biasa didengari tentunya, "mereka adalah orang yang paling bernasib baik di dunia" kerana:
1) Mereka bernasib baik kerana dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan mewarisi kekayaan dari ibu bapa atau nenek moyang mereka.
Walaubagaimanapun, kita tidak boleh salahkan sesiapa dalam hal ini kerana semua ini sudah menjadi tradisi; turun temurun diajarkan perkara yang sama dari generasi ke generasi. Kita tidak didedahkan langsung dengan cara-cara untuk menjadi kaya atau cara-cara untuk mencapai "financial freedom" di sekolah; sebaliknya bagaimana untuk bekerja keras dan bekerja lebih masa untuk mendapat gaji yang lebih tinggi pula yang diajarkan di sekolah.
Pernahkah anda terfikir bahawa setiap orang mempunyai peluang untuk menjadi jutawan? Ramai jutawan yang ada sekarang ini dilahirkan dari keluarga yang miskin serta tidak berpelajaran tinggi.
Contohnya, Carlos Slim Helu merupakan seorang pendatang asing miskin dari Lebanon ke Mexico sewaktu berusia 15 tahun. Warren Buffett pernah ditendang dari Harvard Business School. Bill Gates juga tidak berjaya menjadi graduan Harvard University.
Okey, mari kita lihat contoh yang lebih dekat dengan kita, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary (1) (2) juga turut berjaya walau hanya berbekalkan SPM sebagai kelayakan akademik tertinggi, bukan?
Jadi apakah itu rahsia minda jutawan?
Rahsia pertama: jati diri positif & keyakinan untuk berjaya.
Whatever you believe with feeling becomes your reality.
(Apa sahaja yang anda percaya dengan perasaan akan menjadi kenyataan)
Jadi, kita perlu fikir untuk menjadi kaya jika kita mahu menjadi kaya. Mereka yang kaya kerana usaha tidak akan menerima sebarang pendapat negatif seperti ini:
1) "Saya takkan mencapai "financial freedom" - kecuali keajaiban berlaku"
3) "Saya tak cukup modal untuk melabur serta ada pendapatan yang banyak seperti orang yang kaya"
Biasa dengar? :)
Ini adalah beberapa contoh tanggapan negatif atau alasan yang akan menghalang kita dari BERUBAH. "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".
Rahsia kedua: Semua jutawan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hidup mereka; walau apapun yang terjadi.
Mereka yang berjaya menetapkan matlamat mereka serta membuat perancangan rapi yang mereka fikir boleh dicapai. Apapun yang berlaku, mereka takkan mengalah separuh jalan dan mereka tetap meneruskan perjalanan ke arah matlamat mereka dengan pelbagai strategi.
“Men do not fail; they give up trying”
(Manusia tidak gagal; mereka hanya berputus asa untuk mencuba)
Okey, tapi apakah itu "Financial Freedom" sebenarnya?

Definisi "financial freedom" setiap orang mungkin berbeza. Sesetengah orang fikir, selagimana kita bebas hutang, kita telah mencapai status "financial freedom" atau kebebasan kewangan. Sesetengah yang lain pula percaya bahawa selagi kita mempunyai wang yang cukup untuk berbelanja dengan mewah tanpa masalah, kita telah mencapai "financial freedom".
Berdasarkan Wikipedia, "financial freedom" didefinisikan sebagai "a well-planned lifestyle where one no longer is required to work for income to cover their expenses".
Maksudnya, "financial freedom" ialah gaya hidup yang terancang di mana seseorang tidak perlu bekerja untuk mendapat pendapatan bagi menampung perbelanjaan.
Berbeza dengan kepercayaan popular, kita tidak perlu "bebas hutang" untuk mencapai status "financial freedom", kerana pembayaran hutang cuma salah satu dari pelbagai jenis perbelanjaan yang ada.
Biasanya, "Financial Freedom" boleh diperolehi dari salah satu dari dua cara ini atau kombinasi kedua-duanya:
1) Cukup pendapatan pasif melalui pelaburan untuk menampung perbelanjaan seseorang.
2) Mempunyai pelbagai aset yang mencukupi (yang boleh jual dengan kadar segera) untuk menampung perbelanjaan seseorang.
Pendek kata, "financial freedom" adalah suatu masa dalam kehidupan di mana anda tidak perlu bekerja untuk mendapat duit lagi. Pendapatan pasif merupakan suatu jenis pendapatan di mana wang diperolehi (biasanya) secara berkala, tanpa usaha berterusan. Ia tidak bermaksud tanpa usaha langsung; kebanyakan pendapatan pasif memerlukan usaha keras untuk bermula. Contohnya, melalui pendapatan yang diperolehi dari sewaan bangunan, royalti dari paten atau bahan penulisan, penjualan produk digital seperti perisian dan e-buku, pelaburan unit amanah dan lain-lain; di mana anda boleh mendapat pendapatan halal sambil tidur!
Apabila mencapai "financial freedom", seseorang mampu hidup dengan selesa pada waktu sekarang, juga pada masa hadapan; di mana seseorang itu juga boleh bersara awal. Seseorang yang berjaya mencapai "financial freedom" juga boleh melakukan apa sahaja yang dimahukan dengan halangan yang minimum.
Contoh alasan-alasan & jawapan:
"Ianya sesuatu yang sukar dicapai!" - tiada apa yang lebih sukar dicapai apabila kita tahu, kita tidak mempunyai cukup wang untuk bersara dengan tenang apabila kita mencapai usia emas!
"Ini semua cuma impian, bukan?" - Mempunyai impian atau cita-cita hanya percuma tidak kira ianya tinggi atau rendah, maka, lebih baik bercita-cita tinggi terus, betul?
"Wang adalah punca kejahatan!" - Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya apabila Allah S.W.T. telah mengurniakan sesuatu nikmat kepada hamba-Nya, Dia suka melihat kesan nikmat yang telah dikurniakan itu. Allah S.W.T. benci melihat orang yang menzahirkan kefakiran dan orang yang meminta-minta serta Allah S.W.T. mengasihi orang yang bersifat malu dan memelihara kehormatan.” : Maka, apabila sudah mencapai "financial freedom", gunakanlah sedikit dari wang yang ada terus menerus untuk kebaikan seperti mengeluarkan zakat dan bersedekah.
"Saya tiada modal untuk bermula seperti orang kaya!" - Kita perlu bermula secepat mungkin dengan bermula dengan modal yang kecil. "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Jika tidak, kita akan kekal dengan "tiada modal" sampai bila-bila.
Warren Buffett (World's Richest Man): His Secrets Revealed!
Sekian dulu, terima kasih kerana sudi membaca.
Selamat menyambut bulan Ramadhan. Mohon maaf atas salah & silap.
Assalamualaikum.
Entri seterusnya tentang "BAGAIMANA MEMBINA PENDAPATAN PASIF MELALUI PELABURAN JANGKA PANJANG SECARA ISLAM DENGAN AMANAH SAHAM"





7 comments:
striker,
Selamat berpuasa dibuln yang mulia ini dan semoga doa anda untuk menjadi kaya akan dimakbulkan. Semoga kekayaan juga akan membawa kebahgiaan kepada anda.
amin.. :)
huih dasyat..
bile nak gain profit nih..
grrr.... lambat.
:P
pjgnya entri akk. diya baca separuh sbb nak cepat. huhu. tapi betul lah apa yg akk ckp. kita adalah apa yg kita fikir. moga akk sukses slalu. thanks for sharing dan slmt berpuasa :D
shino - satu perkataan: "sabar" :)
diya - len kali bleh smbg lg.. ehehe.. btw, keywords cuma 2 je dlm entri ni:
1. financial freedom
2. passive income
selamat berpuasa gak :)
wah. saya pun nak jadi kaya. AKU KAYO.
ehehe.. insya-Allah.. kita sama2 kaya, kaya harta & kaya jiwa, amin =)
Post a Comment