Tadi, sewaktu saya tengah pasang lagu berformat FLAC (Free Lossless Audio Codec) melalui pemain media WINAMP kuat-kuat, maka wujudlah dialog keluarga yang lebih kurang begini.
Mama: Ney, kkoho radio Ney.
Abang Nan: Buke Ney Ma, OBORINGO (merujuk kepada saya) nih.
Saya berkata dalam hati, 'Ooo.. tak apa, we'll see!'
Saya: Ma, Ma nok tau dok bakpo Abe Ney bli handset baghu? Dio nok bowok kketo deghah pahtu record dale video Ma. Takdi key Ma, Abe Ney bowok keto deghah Ma, 180 (km/h). Pahtu, dio mmasuk dale Internet pulok.
Mama: Bowok la ddeghah lagi kalu tok saye ko nyawo gak!
Abang Nan: (Dengan nada teragak-agak untuk 'cover line') 180cm jah, Ma.
Saya terus sengih lebar yang kemudian bertukar ketawa jahat. Dia kemudiannya hanya mampu mencubit lengan saya yang sakitnya tidak seberapa berbanding sakit hatinya kerana rahsia terbongkar. HAHA~
Selamat pulang ke lautlah anda. Jumpa lagi next fortnight wahai mangsa bulianku.
PS: Maaf entri ini kurang ilmiah =P






0 comments:
Post a Comment