Sunday, August 31, 2008

FINANCIAL FREEDOM - HOW TO ACHIEVE?

Ted said... sayang, sila ajar saya menjadi kaya.hehe
Monday, August 18, 2008 4:46:00 PM

3 Orang Terkaya Dunia 2008
Dari kiri: Warren Buffett, Bill Gates & Carlos Slim Helu
sumber: Forbes

Oleh kerana ingin memenuhi permintaan dan berkongsi, maka saya buat entri ini khas untuk semua. :)

Bilamana kita bercakap tentang kekayaan, biasanya kita akan fikirkan tentang Warren Buffett, Bill Gates atau Carlos Slim Helu. Kita kagumi mereka kerana mereka ialah antara orang yang terkaya di dunia. Dan ini akan menuju ke arah perbincangan "Mengapa hanya segelintir orang sahaja mampu menjadi jutawan atau bilionwan dan majoriti tidak?", bukan?

Pandangan yang paling biasa didengari tentunya, "mereka adalah orang yang paling bernasib baik di dunia" kerana:

1) Mereka bernasib baik kerana dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan mewarisi kekayaan dari ibu bapa atau nenek moyang mereka.

2) Mereka amat bernasib baik kerana telah berjumpa dengan orang yang betul dan diberikan peluang dan mengetahui rahsia untuk mencapai "financial freedom" (kebebasan kewangan).

3) Sesetengah orang pula berkata, mereka sangat pandai, berpelajaran tinggi dan dilahirkan dengan bakat atau pakar dalam bidang masing-masing.

Maka, mereka merupakan insan-insan yang sangat bernasib baik kerana mereka melalui perjalanan yang mudah untuk mencapai "financial freedom" dan seterusnya melipatganda kekayaan.

Pelbagai pendapat dari kebanyakan orang telah memberi tanggapan yang salah. Akibatnya, kita jadi berpendapat bahawa kita tidak bernasib sebaik mereka, maka, kita tidak akan menjadi seperti mereka. Kita perlu bekerja keras sehari-hari untuk mendapat sedikit gaji.


“Too many people are satisfied with being AVERAGE. Too many people think like everybody else.”
~ Dr Denis Waitley


(Ramai orang berpuas hati dengan hanya menjadi BIASA. Ramai orang berfikir seperti yang lain)


Tambahan pula, kebanyakan sekolah dan universiti mengajar kita untuk belajar dengan tekun supaya akhirnya kita akan mendapat gaji yang tinggi dan dapat hidup dengan lebih selesa.

Tiada matapelajaran tentang cara untuk membina minda jutawan atau bagaimana cara untuk mencapai status "financial freedom". Kebanyakan sekolah hanya memfokuskan teori dan cara-cara untuk bekerja lebih keras bagi mendapat duit, dan bukannya menfokuskan yang sebaliknya, iaitu "CARA-CARA BAGAIMANA DUIT BOLEH BEKERJA UNTUK KITA" dengan menjadi pelabur atau usahawan berjaya.

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh salahkan sesiapa dalam hal ini kerana semua ini sudah menjadi tradisi; turun temurun diajarkan perkara yang sama dari generasi ke generasi. Kita tidak didedahkan langsung dengan cara-cara untuk menjadi kaya atau cara-cara untuk mencapai "financial freedom" di sekolah; sebaliknya bagaimana untuk bekerja keras dan bekerja lebih masa untuk mendapat gaji yang lebih tinggi pula yang diajarkan di sekolah.

Pernahkah anda terfikir bahawa setiap orang mempunyai peluang untuk menjadi jutawan? Ramai jutawan yang ada sekarang ini dilahirkan dari keluarga yang miskin serta tidak berpelajaran tinggi.

Contohnya, Carlos Slim Helu merupakan seorang pendatang asing miskin dari Lebanon ke Mexico sewaktu berusia 15 tahun. Warren Buffett pernah ditendang dari Harvard Business School. Bill Gates juga tidak berjaya menjadi graduan Harvard University.

Okey, mari kita lihat contoh yang lebih dekat dengan kita, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary (1) (2) juga turut berjaya walau hanya berbekalkan SPM sebagai kelayakan akademik tertinggi, bukan?

Jadi apakah itu rahsia minda jutawan?

Rahsia pertama: jati diri positif & keyakinan untuk berjaya.
Jangan sesekali merendah-rendahkan kuasa fikiran. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Whatever you believe with feeling becomes your reality.
~ Brian Tracy

(Apa sahaja yang anda percaya dengan perasaan akan menjadi kenyataan)


Jadi, kita perlu fikir untuk menjadi kaya jika kita mahu menjadi kaya. Mereka yang kaya kerana usaha tidak akan menerima sebarang pendapat negatif seperti ini:

1) "Saya takkan mencapai "financial freedom" - kecuali keajaiban berlaku"
2) "Saya tak pernah ada peluang untuk belajar tentang perniagaan di universiti terkenal. Jika tidak, tentu saya sudah menjadi jutawan sekarang ini"
3) "Saya tak cukup modal untuk melabur serta ada pendapatan yang banyak seperti orang yang kaya"
4) "Kalau saya dilahirkan dalam keluarga yang kaya, tentu saya mempunyai kewangan yang mantap sekarang"
5) "Saya berpuas hati dengan apa yang saya ada sekarang dan tidak perlukan wang berjuta-juta"

Biasa dengar? :)

Ini adalah beberapa contoh tanggapan negatif atau alasan yang akan menghalang kita dari BERUBAH. "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".

Rahsia kedua: Semua jutawan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hidup mereka; walau apapun yang terjadi.

Mereka yang berjaya menetapkan matlamat mereka serta membuat perancangan rapi yang mereka fikir boleh dicapai. Apapun yang berlaku, mereka takkan mengalah separuh jalan dan mereka tetap meneruskan perjalanan ke arah matlamat mereka dengan pelbagai strategi.

“Men do not fail; they give up trying”
~ Elihu Root

(Manusia tidak gagal; mereka hanya berputus asa untuk mencuba)

Okey, tapi apakah itu "Financial Freedom" sebenarnya?



Definisi "financial freedom" setiap orang mungkin berbeza. Sesetengah orang fikir, selagimana kita bebas hutang, kita telah mencapai status "financial freedom" atau kebebasan kewangan. Sesetengah yang lain pula percaya bahawa selagi kita mempunyai wang yang cukup untuk berbelanja dengan mewah tanpa masalah, kita telah mencapai "financial freedom".

Berdasarkan Wikipedia, "financial freedom" didefinisikan sebagai "a well-planned lifestyle where one no longer is required to work for income to cover their expenses".

Maksudnya, "financial freedom" ialah gaya hidup yang terancang di mana seseorang tidak perlu bekerja untuk mendapat pendapatan bagi menampung perbelanjaan.

Berbeza dengan kepercayaan popular, kita tidak perlu "bebas hutang" untuk mencapai status "financial freedom", kerana pembayaran hutang cuma salah satu dari pelbagai jenis perbelanjaan yang ada.

Biasanya, "Financial Freedom" boleh diperolehi dari salah satu dari dua cara ini atau kombinasi kedua-duanya:

1) Cukup pendapatan pasif melalui pelaburan untuk menampung perbelanjaan seseorang.
2) Mempunyai pelbagai aset yang mencukupi (yang boleh jual dengan kadar segera) untuk menampung perbelanjaan seseorang.

Pendek kata, "financial freedom" adalah suatu masa dalam kehidupan di mana anda tidak perlu bekerja untuk mendapat duit lagi. Pendapatan pasif merupakan suatu jenis pendapatan di mana wang diperolehi (biasanya) secara berkala, tanpa usaha berterusan. Ia tidak bermaksud tanpa usaha langsung; kebanyakan pendapatan pasif memerlukan usaha keras untuk bermula. Contohnya, melalui pendapatan yang diperolehi dari sewaan bangunan, royalti dari paten atau bahan penulisan, penjualan produk digital seperti perisian dan e-buku, pelaburan unit amanah dan lain-lain; di mana anda boleh mendapat pendapatan halal sambil tidur!

Apabila mencapai "financial freedom", seseorang mampu hidup dengan selesa pada waktu sekarang, juga pada masa hadapan; di mana seseorang itu juga boleh bersara awal. Seseorang yang berjaya mencapai "financial freedom" juga boleh melakukan apa sahaja yang dimahukan dengan halangan yang minimum.

Contoh alasan-alasan & jawapan:

"Ianya sesuatu yang sukar dicapai!" - tiada apa yang lebih sukar dicapai apabila kita tahu, kita tidak mempunyai cukup wang untuk bersara dengan tenang apabila kita mencapai usia emas!

"Ini semua cuma impian, bukan?" - Mempunyai impian atau cita-cita hanya percuma tidak kira ianya tinggi atau rendah, maka, lebih baik bercita-cita tinggi terus, betul?

"Wang adalah punca kejahatan!" - Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya apabila Allah S.W.T. telah mengurniakan sesuatu nikmat kepada hamba-Nya, Dia suka melihat kesan nikmat yang telah dikurniakan itu. Allah S.W.T. benci melihat orang yang menzahirkan kefakiran dan orang yang meminta-minta serta Allah S.W.T. mengasihi orang yang bersifat malu dan memelihara kehormatan.” : Maka, apabila sudah mencapai "financial freedom", gunakanlah sedikit dari wang yang ada terus menerus untuk kebaikan seperti mengeluarkan zakat dan bersedekah.

"Saya tiada modal untuk bermula seperti orang kaya!" - Kita perlu bermula secepat mungkin dengan bermula dengan modal yang kecil. "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Jika tidak, kita akan kekal dengan "tiada modal" sampai bila-bila.


Warren Buffett (World's Richest Man): His Secrets Revealed!

Sekian dulu, terima kasih kerana sudi membaca.

Selamat menyambut bulan Ramadhan. Mohon maaf atas salah & silap.

Assalamualaikum.

Entri seterusnya tentang "BAGAIMANA MEMBINA PENDAPATAN PASIF MELALUI PELABURAN JANGKA PANJANG SECARA ISLAM DENGAN AMANAH SAHAM"

Friday, August 29, 2008

TOKEN OF APPRECIATION

Terima kasih kepada Angela kerana telah menganugerahi saya anugerah di atas.

TAG


1. Do you want to grow old with someone or be single?


I wish, the former =)


2. What were you doing at 8:00 this morning?


Surfing the Internet


3. What were you doing 30 minutes ago?


Watching TV


4. What was something that happened to you in 1992?


It was my heyday life in kindergarten. I still remember how I love to climb hibiscus tree and pick the flowers so that my friends can use the flowers for "mock cooking" purposes.. ahaha~


5. If you were stranded on an island with the person you hated and without food what would you do?


I guess I will to start to like her/him then :p


6. When someone catches your eye, do you try to make eye contact or avoid it?


Usually I'll make eye contact and smile :)


7. What color is your hairbrush?


White


8. What was the last thing you bought?


Msjbox service (Bonanza Merdeka Promo)


9. How do you know when you’re in love?


Sheesh, do I have to answer this?


10. Have you been to China?


Never been there, but hopefully next year I will, amin.


11. Where do you keep your money?


Public Mutual Unit Trust Investment Account, Public Bank Wadiah Savings Account-i, Public Bank Visa Electron Debit Card & my tiny handbag


12. Have you travelled outside the country?


Yes


13. Do you wish you were back together with any of your exes?


Hmm..?


14. Do you like peanut butter and jelly?


Yes, I do :)


15. What is your motto in love?


Love is eternity


16. The thing you love about relationships?


Trust & respect


17. The thing you love about being single?


Freedom


18. Would you give up a dream for someone you love?


Truthfully, I used to do it. But Alhamdulillah, God helps me - He forbids that from happening. Furthermore, He gave more than I ever expected before, soon after that. And I guess, I won't do it anymore; a little negotiation is okay - but "a complete giving up" is a HUGE no-no.


19. Do you want to cut your hair?


Not yet


20. Are you over the age of 25?


Not yet


21. Do you talk a lot?


It depends on the situation I'm in


22. Do you watch The O.C.?


No


23. Does your MSN name have an “x” in it?


No


24. Anybody you know with a unique name?


Myself :p


25. Favorite ice cream?


Any kind


26. Could you date someone who has been only your friend for a long time?


No


27. Are you typically a jealous person?


Not really


28. Is there such thing as a perfect relationship?


Yes


29. Name a friend whose name starts with the letter “I”:


Intan


30. Who’s the last person to call you?


My Mama


31. Last magazine you bought?


I don't buy, I just read


32. Do you chew on your straws?


Rarely


33. Do you have curly hair?


No


34. Can you dance like a chicken?


Yes :p


35. Last concert?


Last few years at University Hall - a Nasyid concert


36. What is something you say a lot?


Allah


37. Favorite color(s)?


All


38. Believe in karma?


No, because my religion is Islam


39. Do you know what a plectrum is for?


Yes


40. Who was the last person you said I love you to?


I can't remember exactly, but I think, she would be my bestfriend


41. What should you be doing right now?


Relaxing


42. Do you have a nickname?


Nicknames, yes


43. Are you a heavy sleeper?


Sometimes, yes :p


44. Do you watch tv?


Yes


45. Is there anyone you like right now?


"Like"? Many


46. When was the last time you fell in love?


Huh? What do you think? :p


47. If you were stuck in a situation and could call someone for help,who would it be?


It depends on the type of situation


48. What was your last craving/want?


Asus Eee PC 1000(H)!

Saturday, August 23, 2008

MY DREAM NETBOOK

Asus Eee PC 1000(H)


Operating System: Windows® XP Home
Display: 10"
CPU & Chipset: Intel Atom 1.6GHz
Memory: 1GB (DDR2)

Wireless Data Network:
WLAN 802.11 n & Bluetooth

Storage: HDD 80GB
Camera: 1.3M Pixel
Audio: Dolby Sound Room, Certified Stereo speaker, Digital Array Mic
Battery: 6 Cells, 3.2 ~ 7 hrs
Weight: 1.45kg

Price: RM1999.00

Ada sesiapa pernah guna tak?

Pros & cons, anyone? :)

Sunday, August 17, 2008

MEET MY... BABY

Alhamdulillah. Setelah hampir setengah tahun, saya berulang alik dengan berjalan kaki dari rumah ke stesen bas Pasir Mas dan menaiki bas ke Kota Bharu, kemudian berjalan kaki lagi ke pejabat atau bank atau kedua-duanya sekali hampir setiap hari (jumlah kilometer saya berjalan kaki sehari adalah lebih kurang 8 kilometer sejak bekerja sebagai English Teacher sehingga menjadi Unit Trust Consultant (UTC) sepenuh masa). Dan berat badan pun sudah makin menyusut dari sehari ke sehari. Akhirnya, hari ini saya dihadiahi Mama saya sebuah kereta sebagai hadiah hari lahir ke-22 (awal 5 hari!).

Saya kira ini sememangnya anugerah Allah.

Jumlah jualan saya setakat ini sudah pun hampir mencecah RM40,000. Dan saya telah pun dinaikkan pangkat dari Mutual Fund Agent ke Mutual Fund Agency Supervisor Probation.

Tambahan pula, saya sudah ada seorang pelabur tetap yang sudah berjanji untuk melabur RM5,000 setiap bulan.

Lebih kurang RM460,000 lagi diperlukan untuk dinaikkan pangkat ke Mutual Fund Agency Supervisor serta RM660,000 lagi diperlukan untuk mendapat incentive trip ke Guangzhou & Guilin, China. Doakan saya, ya? :)

Esok pula, saya sendiri akan melabur RM1,000 (separuh darinya adalah ihsan mama saya).

Apapun, perjalanan masih jauh...

PS: Saya mungkin perlu menjadi guru sekali lagi (tetapi kerjaya utama sebagai UTC tetap menjadi prioriti utama).

Wednesday, August 13, 2008

WAKE UP CALL

Assalamualaikum,

Setelah lama tak update, shay tag saya - rasa macam dikejutkan dari lena yang panjang. Haha..

Rasa macam kelakar juga bilamana saya nampak ayat ni:


"...Shay tag org lain lak... Orang2 yang terlalu sibuk... Jadi nak
curi sikit masa diaorang..."


Sibuk? Saya sibukkah kebelakangan ini? Saya rasa tidaklah terlalu sibuk, cuma tiada perasaan-mahu-update-blog saja. Heheh..

Okey, kebelakangan ini saya cuma bekerja macam biasa; kadang-kadang jumpa client dan ke bank, kadang-kadang juga saya pergi ke kursus/seminar/mesyuarat.

Setiap hari saya masih online, cuma banyak masa dihabiskan untuk belajar tentang pelaburan, kewangan, ekonomi, baca blog (jarang-jarang tinggalkan komen), Y!M, jenguk-jenguk friendster, tonton video/filem dan main permainan travian server Malaysia saja. :D

Oh, tadi saya sudah terima 2 keychain dari fysal yang telah saya tempah baru-baru ini. Terima kasih! :)

Comel tak? :D

Okey, sekarang kita proceed terus ke tag tentang "pertama kali".

1) 1st time naik kapal terbang - tak pernah.

2) 1st time beranak - tak pernah.

3) 1st time gi overseas - Thailand boleh kira tak? Pernah pergi Golok masa kecil saja. Heheh..

4) 1st time duduk jauh daripada family - Masa tingkatan empat, saya tinggal di asrama. Tapi lebih kurang 12 kilometer saja. Jauh tak? Heheh..

5) 1st time kerja - sebagai English Teacher di Cambridge Language Centre (KB) pada Mac 2008.

6) 1st time rasa diri gemuk - bilamana selalu dikutuk oleh family dan dipanggil dengan gelaran yang pelbagai sehingga sekarang.. ahaha..

7) 1st time bercinta - tak pernah? Tapi rasanya semalam saya sudah jatuh cinta (Sila rujuk di bawah).

8) 1st time rasa diri cantik - sejak kecil lagi? huhuhu..

9) 1st time masuk cinema - pada tahun 2001 (rasanya) di TGV KLCC bersama abang dan bakal kakak ipar (pada masa tu) serta jiran yang ikut sama. Filem: Lord of The Ring. Kemudian, saya tidak pernah lagi ke pawagam selepas itu.

10) 1st time admitted in hospital - tak pernah. Temankan mak saudara yang baru bersalin pernahlah. Tetapi saya ada hubungan baik dengan beberapa orang doktor dan jururawat - sebab saya pernah berpraktikal di Jabatan Surgeri, HUSM dulu (Julai-Okt 2007).

Jatuh cinta dengan... dia..

Sungha Jung~! :P