Friday, January 16, 2009

DESTINY IN ISLAM


Dalam persediaan untuk SPM dulu, kita memang belajar tentang Qada' Mubram & Qada' Muallaq, bukan?

Mari kita buat ulang kaji.

Kenapa?

Saya sendiri pun kadang-kadang tersasul juga cakap kebetulan itu, kebetulan ini.

Ya, dalam Islam TIADA konsep 'kebetulan' sebenarnya. Semuanya telah tertulis. Takdir Allah pada tiap-tiap seseorang.

Mungkin ada yang boleh kata, "Habis tu, buat apa hidup? Semuanya telah ditentukan. Kalau ditakdirkan saya jahat dan akan masuk neraka macam mana? Tak adil!"

Bukan begitu.

Dalam Islam takdir terbahagi kepada dua.
1) Qada' Mubram - tetap
2) Qada' Muallaq - boleh berubah dengan izin Allah s.w.t.

Untuk jenis yang pertama, sememangnya ia tidak dapat diubah dengan cara apa sekalipun.

Manakala untuk jenis yang kedua, ia boleh berubah. Manusia diberi pilihan untuk menentukan hidup sendiri. Sebab itulah adanya syurga dan neraka.

Macam mana nak ubah?

Mudah, melalui DOA & USAHA, takdir kita boleh diperkenankan Allah untuk diubah.

Yakah? Tak perasan pun.

Kita memang mungkin tak perasan andai sudah banyak nasib kita telah berubah dari versi asal sebab kita memang tidak tahu langsung butir-butir versi asal kita, betul?

Contoh-contoh doa dan usaha kuat yang penuh kecekalan dari beberapa orang yang saya kenali secara dekat (semua bukan nama sebenar) yang mengubah nasib mereka:

1) Ahmad benar-benar mahu melanjutkan pelajaran ke Mesir tetapi tidak layak untuk mendapat biasiswa. Kewangan sendiri pastilah tidak mencukupi kerana beliau berasal dari keluarga yang miskin. Beliau cuba gagahkan diri untuk berjumpa dan meminta pelajarannya dibiaya oleh bapa saudaranya yang juga seorang jutawan. Namun, hasrat beliau dihampakan. Beliau balik ke rumah, tapi belum pun sempat beliau melangkah kaki ke pintu, beliau terduduk di atas tangga menangisi nasib sendirian. Kemudian beliau nekad tidak lagi mahu dipandang rendah oleh sesiapapun, beliau menceburkan diri ke dalam industri insuran dengan penuh kesungguhan. Kini, beliau juga sudah jadi jutawan dan sudahpun tamat melanjutkan pelajaran dalam bidang syariah secara jarak jauh.

2) Amar mempunyai nafsu besar; bila melihatkan orang mempunyai kereta mewah dan rumah mewah, beliau pun mahu juga. Beliau bekerja sebagai ustaz di sekolah rendah selepas tamat KPLI. Beliau cuma mempunyai motosikal. Kerana terlalu minat pada model-model kereta buatan Mercedez Benz tetapi tidak mampu; beliau beli juga keychain berlogo Merc itu. Isteri beliau selalu mengejek beliau, tetapi kini tidak lagi; sebetulnya tidak berani lagi. Isteri beliau tidak juga bertanya andai beliau pulang lewat malam ke rumah sebab beliau sudah pun miliki kereta idaman dan 3 buah rumah serta rezeki makin bertambah. Hanya kerana beliau cekal menghadapi segala ranjau dalam hidup sebagai seorang ejen insuran. Bagaimanapun, beliau masih lagi seorang ustaz sepenuh masa.

Ranjau yang macam mana?

Ranjau yang macam ini...



PS: Mereka yang disebutkan sebenarnya merupakan bos-bos saya. =)

5 comments:

kisahfairy said...

suka dgn video tu..:)

diya said...

diya ingat2 lupa tentang qada' tu. thanks untuk peringatan ye kak =)

striker said...

fairy: first time tgk tu kt blog bakal bos.. ehehe

diya: sama2. moga bermanfaat utk kita semua, amin. =)

S h i n o said...

selepas semua itu selesai,
maka berdoa dan bertawakal lah kamu.
:)

striker said...

=)