Petang tadi, semasa berada di kebun depan rumah, ramai betul stalkers yang tak bertauliah datang mengendap atau mungkin boleh juga dikata, para pengendap profesional telah buat serangan hendap secara rasmi tadi. =P
Sistem Perlindungan Hujan (SPH) untuk projek tanaman secara fertigasi di kebun depan rumah kami baru sahaja dalam proses terakhir pembinaan petang tadi.
Maka, ramai betul jiran tetangga kami iaitu pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang suka jaga tepi kain orang secara negatif telah datang buat 'lawatan jarak jauh'.
Apa? Jaga tepi kain orang secara negatif? Jadi, maksudnya jaga tepi kain orang secara positif itu wujudlah?
Ya, ada. Atau nama lainnya, prihatin.
Perasaan curious atau ingin tahu itu tak salah langsung. Cuma, caranya perlulah betul supaya selamat segala-gala.
Okey, kalau betul anda-anda seorang yang prihatin, datang dekat dan bertanya teruslah kepada kami (cuma saya dan abang ada pada petang tadi selain pekerja-pekerja) selaku keluarga tuan tanah. Kita jiran bukan?
Kelakar betul bila ramai yang tengok dari kejauhan begitu. Macamlah kami tak nampak kewujudan anda semua? Kalau anda tahu ilmu halimunan atau guna binokular hebat anda lalu teropong kami dari rumah anda tak mengapalah; sudah tentu kami tak perasan.
Sudah tu, apabila saya tegur dan mempelawa anda jenguk secara dekat, anda tidak mahu pula. Kenapa? Kalau masuk dekat nanti, anda takut status pengendap profesional anda akan musnah atau ada sebab yang lagi hebat yang saya tak tahu?
Pelik betul perangai masyarakat kita, ya?
*geleng-geleng kepala*

4 comments:
aku x sempat nak post atikel baru kt blog..x de idea..tgh serabut nie..so aku komen je kt blog2 orang..
p/s-Diorang takut..maybe diorang ingt ko nk buat rumah salji ke kn kt bwh kemah tue..ke nak wt kawasan luncur salji..klu aku pn nk tgk dari jauh je..bley tiru idea orang..kalau tgk dekat2..nanti klu tiru orang taw yang kite tiru
apa diaaaa?? rumah salji??? gile ganas pikiran terdalam sunggoh ar camtu.. wahaha..
ps: sila la komen kt sini sesuka hatimu wahai encik majid sahabatku.. =P
lawak la wei..xjd aku nk tdo bce n3 neh. btw... sori smlm xtgr...heh. kuar makan seh..-ishy
lawak ke? haha.. org2 kita mmg slalu suka wat lawak separa sedar & sedar kot.. =P
Post a Comment