Wednesday, March 18, 2009

TERROR


Pada 7 Mac baru-baru ini, saya dan teman sekerja telah buka kaunter untuk mempromosi produk-produk kami (terutamanya Takaful Haji) dari MAA Takaful di Pasaria sekolah rendah saya dulu.

Sekitar jam 11 pagi saya ternampak bekas guru kelas darjah 6 saya dulu; Cikgu S. Saya kemudiannya memanggil beliau. Saya menyalami dan mencium tangan beliau. Saya mempelawa beliau duduk dan memperkenalkan diri sebelum menceritakan kebaikan menyimpan wang yang disertakan perlindungan percuma melalui Skim Takaful Haji produk syarikat kami.

Saya berkata dalam loghat Kelantan yang bermaksud, "Saya dulu nakal kan cikgu?"

Beliau menjawab dalam loghat yang sama, "Tak apa nakal pun; pandai."

Saya hanya sengih sebelum meneruskan pembentangan tentang kebaikan produk kami itu.

Dalam fikiran berputar kenangan silam.

Dulu, saya bersekolah di sekolah yang masyhur di Pasir Mas. Dan saya juga berada dalam kelas terbaik walau sebenarnya saya mungkin seorang anak murid perempuan yang paling teruk dari segi perangainya kerana jiwa saya sungguh memberontak di kala itu.

Masa tu, saya masih lagi aktif dengan Karate-Do dan ada seorang 'teman wanita' sejak darjah 5.

Di sekolah saya pakai baju kurung dan bertudung, cuma selekeh yang amat. Tali kasut hampir sentiasa dibiarkan terburai.

Dan... yang paling penting HAMPIR TIDAK PERNAH buat kerja rumah.

Buku-buku latihan dan buku-buku teks dibiarkan berlipat-lipat dan herot perot dalam beg sekolah.

Sering juga kena 'pulas perut' dengan Guru Besar tapi tak pernah serik.

Guru kelas saya iaitu Cikgu S pernah memberitahu atau boleh juga dikatakan melaporkan kepada ibu saya pada masa itu tentang saya (selepas memeriksa beg saya), beliau berkata dengan nada sinis dalam loghat Kelantan yang bermaksud, "Saya tak tahulah andai anak awak dapat 5A dalam UPSR nanti...".

Kemudian, ibu saya beritahu saya tentang hal itu; saya rasa tercabar.

Saya belajar juga walau last minute.

Dan saya betul-betul dapat 5A. Beliau tidak berkata apa-apa pada saya selepas keputusan keluar.

Sudah sekian lama saya tak jumpa beliau sehinggalah 7 Mac baru-baru ini.

Beliau kini sudah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan HEM di sekolah lain, dan dengan rasminya juga, beliau sudah menjadi client saya pada minggu lepas dengan mencarum untuk Takaful Haji secara potongan gaji melalui Biro Angkasa. Hehe~

* In this case, terror = a very troublesome child.

9 comments:

S h i n o said...

heheheeh...

amcam bizness??
ade ok ke??

aritu seyess x laratt.

striker said...

alhamdulillah ok..

faham2 =)

Diya Kamaruzaman said...

kalau dah pandai, study last minute pun boleh menjadi, kak. hehe.

striker said...

apa2 pun semua tu pinjaman Allah semata2 :)

SeRiaB said...

bagus betul...

muda2 memang nakal, biasa la tue..
tpi bila dikenang masa lalu, kita baru sedar yang budak2 nakal nie la akan berjaya sebab kita belajar dari kesilapan lebih awal dari orang lain yang sebaya.

just 1 sen opinion...

striker said...

mungkin juga =)

no pain no gain, huh?

Anonymous said...

saya sangat rindu dgn n3 dari blog owner..fiu fiu fiu.

striker said...

anon:

adeh.. sape ye anon ni? sorry skrg sibuk skit..

Funny stuff said...

I hate terrorist who killed child.