Friday, January 30, 2009

DREAM BIG



Emily Shackelton - Dream Big

When I was a little girl
I swore that I would change the world
When I grew up
Nothing else would be enough

Back then it all seemed black and white
But these days I just can't seem to find
The child in me, who always believed

I see it everyday
We settle for safe
And lose ourselves along the way

But if you don't dream big what's the use in dreaming?
If you don't have faith there's nothing worth believing
It takes one hope to make the stars worth reaching for
So reach out for something more

Took a well perfected plan
For me to finally understand
That it's not me
Faith is something I can't see

I loose the reins and let em go
I broke the chains I fear
That had their hold on me too long
When all I felt was wrong

I've wiped my tears away
Now it's time for a change
No I can't waste another day

Cuz if you don't dream big what's the use in dreaming?
If you don't have faith there's nothing worth believing
It takes one hope to make the stars worth reaching for

Yeah

So close your eyes and tell me what you see
Between what's real and make believe
Here's the path we've all been searching for
So reach out for something more

Than you ever could imagine then move
Don't wait for it to happen
Life's too short for not taking chances
The stars aren't as far as they seem

But if you don't dream big what's the use in dreaming?
If you don't have faith there's nothing worth believing
It takes one hope to make the stars worth reaching for

So close your eyes and tell me what you see
Between what's real and make believe
Here's the path we've all been searching for
So reach out for something more
For something more
So reach out for something more

Thursday, January 29, 2009

CHALLENGE


Apa rasa kalau ada orang cabar kita secara terang terangan? Orang itu pula berlainan jantina serta baru saja berkenalan dengan kita dalam 29 minit saja?

[09:19] *******: salam
.
.
.
.
[09:48] *******: so kita tengok sapa sales paling tinggi tahun ni..i cabar u


Ya, semalam, ada orang cabar saya. Mungkin sebab saya ada buat silap di mana-mana.

Tapi ia tetap suatu cabaran dan semestinya saya akan anggap ia suatu cabaran yang serius.

Apa rasa?

Rasa tercabarlah. Apa lagi? Huhu~

Tapi saya selalu fikir saya ini seorang yang suka berfikir dari sudut positif. Jadi, Insya-Allah, saya akan jadikan ia sebagai suatu 'bahan bakar' terbaik untuk meneruskan kerjaya sehari-hari. =)

“Life's challenges are not supposed to paralyze you, they're supposed to help you discover who you are.”
~ Bernice Johnson Reagon

Wednesday, January 28, 2009

HIJRAH


Daripada Abu Abdullah bin An-Nu‘man bin Basyir Radhiallahu ‘anhuma, katanya: "Aku dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram (juga) jelas dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (belum diketahui halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara-perkara yang syubhah itu, samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya (daripada kata nista orang lain). Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhah akan tergelincir ke dalam perkara haram pula, laksana seorang pengembala yang sedang mengembala di sekitar tempat larangan, akhirnya lalai, lalu memasuki tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja itu, ada tempat larangannya dan tempat larangan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkan-Nya. Dan ketahuilah bahawa pada setiap jasad itu ada seketul daging. Sekiranya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak, rosaklah seluruh jasad itu. Ia itulah hati."

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Hanya kerana takutkan azab-Nya, saya kini sudah berpindah ke sini.


"Ya Allah, murahkan rezeki kami dan jauhi kami dari perkara-perkara yang dimurkai-Mu, amin."

Friday, January 23, 2009

INVINCIBLE


Kata Hlovate dalam aA+bB,

"Identifying something unidentified is harder than justifying the E=mc2 equation. Emotion falls under that something."

Memang nak main dengan emosi ni payah; memang kompleks.

Jadi kita perlu belajar untuk jadi lebih kuat, lebih tabah atau lebih kebal dalam menangani unsur-unsur negatif yang mendatang dalam menuju matlamat hidup.

Sebab itu, Nazril Idrus pernah berkata, "Always play above the line." Kita perlu sentiasa mempunyai atau bermain dengan sikap-sikap positif saja, jangan cuba bermain di garisan bawah iaitu dengan sikap-sikap yang mudah untuk dilakukan tapi tak elok untuk diamalkan.

Kata Hadiah dalam ceritanya yang tak bertajuk tu pula,

"Denial is a horrible place to live in."

Hidup dalam kepura-puraan tu memang senang walau di hati sebenarnya tidak. Inilah contoh terbaik 'sikap di bawah garisan' itu. Memang senang untuk dilakukan sebab secara luarannya itu adalah suatu tempat yang selesa. Untuk mengatakan "Saya tak perlu hidup dengan kewangan yang lebih baik kerana saya sudah senang begini; cukup makan pakai dan ada Proton Wira yang boleh bergerak ini pun kira okeylah." memang mudah. Ayat itu memang betul; mudah atau senang. Tapi jika diberi pilihan secara percuma atau dengan harga yang sama antara BMW 7 Series dengan Proton Wira, agak-agak yang mana pilihan kalbu? Eheh.. Itu namanya berpura-pura gembira atau selesa dengan keadaan asal.

Nak amalkan 'bermain di atas garisan' semata-mata itu bukan senang. Tapi kalau mahu pengakhiran yang 'lebih senang', memang ia perlu dipaksa.

Moga kita lebih kebal dengan ajakan diri sendiri, rakan-rakan, masyarakat sekitar atau sesiapa jua untuk 'bermain di bawah garisan'. Hanya kerana permainan di atas garisan memang permainan rasmi semua orang berjaya, bukan sebaliknya.

Friday, January 16, 2009

DESTINY IN ISLAM


Dalam persediaan untuk SPM dulu, kita memang belajar tentang Qada' Mubram & Qada' Muallaq, bukan?

Mari kita buat ulang kaji.

Kenapa?

Saya sendiri pun kadang-kadang tersasul juga cakap kebetulan itu, kebetulan ini.

Ya, dalam Islam TIADA konsep 'kebetulan' sebenarnya. Semuanya telah tertulis. Takdir Allah pada tiap-tiap seseorang.

Mungkin ada yang boleh kata, "Habis tu, buat apa hidup? Semuanya telah ditentukan. Kalau ditakdirkan saya jahat dan akan masuk neraka macam mana? Tak adil!"

Bukan begitu.

Dalam Islam takdir terbahagi kepada dua.
1) Qada' Mubram - tetap
2) Qada' Muallaq - boleh berubah dengan izin Allah s.w.t.

Untuk jenis yang pertama, sememangnya ia tidak dapat diubah dengan cara apa sekalipun.

Manakala untuk jenis yang kedua, ia boleh berubah. Manusia diberi pilihan untuk menentukan hidup sendiri. Sebab itulah adanya syurga dan neraka.

Macam mana nak ubah?

Mudah, melalui DOA & USAHA, takdir kita boleh diperkenankan Allah untuk diubah.

Yakah? Tak perasan pun.

Kita memang mungkin tak perasan andai sudah banyak nasib kita telah berubah dari versi asal sebab kita memang tidak tahu langsung butir-butir versi asal kita, betul?

Contoh-contoh doa dan usaha kuat yang penuh kecekalan dari beberapa orang yang saya kenali secara dekat (semua bukan nama sebenar) yang mengubah nasib mereka:

1) Ahmad benar-benar mahu melanjutkan pelajaran ke Mesir tetapi tidak layak untuk mendapat biasiswa. Kewangan sendiri pastilah tidak mencukupi kerana beliau berasal dari keluarga yang miskin. Beliau cuba gagahkan diri untuk berjumpa dan meminta pelajarannya dibiaya oleh bapa saudaranya yang juga seorang jutawan. Namun, hasrat beliau dihampakan. Beliau balik ke rumah, tapi belum pun sempat beliau melangkah kaki ke pintu, beliau terduduk di atas tangga menangisi nasib sendirian. Kemudian beliau nekad tidak lagi mahu dipandang rendah oleh sesiapapun, beliau menceburkan diri ke dalam industri insuran dengan penuh kesungguhan. Kini, beliau juga sudah jadi jutawan dan sudahpun tamat melanjutkan pelajaran dalam bidang syariah secara jarak jauh.

2) Amar mempunyai nafsu besar; bila melihatkan orang mempunyai kereta mewah dan rumah mewah, beliau pun mahu juga. Beliau bekerja sebagai ustaz di sekolah rendah selepas tamat KPLI. Beliau cuma mempunyai motosikal. Kerana terlalu minat pada model-model kereta buatan Mercedez Benz tetapi tidak mampu; beliau beli juga keychain berlogo Merc itu. Isteri beliau selalu mengejek beliau, tetapi kini tidak lagi; sebetulnya tidak berani lagi. Isteri beliau tidak juga bertanya andai beliau pulang lewat malam ke rumah sebab beliau sudah pun miliki kereta idaman dan 3 buah rumah serta rezeki makin bertambah. Hanya kerana beliau cekal menghadapi segala ranjau dalam hidup sebagai seorang ejen insuran. Bagaimanapun, beliau masih lagi seorang ustaz sepenuh masa.

Ranjau yang macam mana?

Ranjau yang macam ini...



PS: Mereka yang disebutkan sebenarnya merupakan bos-bos saya. =)

Tuesday, January 13, 2009

HOPE & RETURN

“Many of the great achievements of the world were accomplished by tired and discouraged men who kept on working.”

"To love is to risk not being loved in return. To hope is to risk pain. To try is to risk failure, but risk must be taken because the greatest hazard in life is to risk nothing.”

Saturday, January 03, 2009

HOT-SEXY-WITTY NIECE


Semalam, sewaktu saya sedang online, Aireen datang 'mendaki' kerusi yang terletak berhadapan dengan skrin komputer di sebelah. Apabila dia sudah berjaya berada di atas kerusi yang betul-betul di sebelah kerusi saya, saya memandang sekilas sambil mengosok-gosok kepala dan belakangnya dengan penuh kasih sayang.

Tiba-tiba, dia 'buat perangai' dengan menghentak-hentak keyboard dengan kasar. Saya pun memberi amaran padanya. Tapi dia buat tidak endah. Maka, saya guna 'kuasa veto' saya dengan menampar perlahan lengannya beberapa kali sambil buat gaya marah habisan sebelum menurunkan dia dari kerusi.

Saya kemudiannya kembali fokus ke skrin monitor.

Hampir separuh minit kemudian, kedengaran dia 'bermain' pula dengan periuk elektrik bersaiz sederhana yang sudah lama tidak digunakan di belakang kerusi saya.

Kletung Kletang Kleting!

Saya buat tidak endah. Hampir tiap-tiap hari main 'khemah-khemah', belajar membaca perkataan, mengira, menconteng dan 'ABC' pun masih tak habis-habis mahu bermanja juga budak ni.

Beberapa minit kemudian, senyap.

Saya terus buat tidak endah.

Beberapa saat kemudian, dia muncul di sebelah saya dengan muka selamba.

"Cu! Cu!" Dia memanggil saya; menuntut perhatian.

Saya memandang padanya sambil terus menurunkan tangan dari keyboard.

"Bakpo nyoh?" Kata saya.

Dia tidak menjawab, tapi dia diraihnya tangan saya lalu di bawa ke kepalanya.

Saya memandangnya pelik. Apa kes?

Kemudian dia berkata, "Ko'! Ko'!".

Saya ambil masa dalam beberapa saat sebelum berkata "Ohhhh!" dalam hati seraya tersenyum lucu.

Nakal tapi pandai betullah satu-satunya anak saudaraku ini; Cik Aireen Soffea Binti Azran.

Ish Ish Ish..

PS: Video di atas merupakan si dia sewaktu belum mampu merangkak. Pada tanggal 14 Februari nanti genaplah 2 tahun umurnya.

* Nota Loghat Kelate: Bakpo = Kenapa; Ko' = Sekeh/Luku kepala

Friday, January 02, 2009

SELF-EXPLANATORY


=)