Wednesday, March 18, 2009

TERROR


Pada 7 Mac baru-baru ini, saya dan teman sekerja telah buka kaunter untuk mempromosi produk-produk kami (terutamanya Takaful Haji) dari MAA Takaful di Pasaria sekolah rendah saya dulu.

Sekitar jam 11 pagi saya ternampak bekas guru kelas darjah 6 saya dulu; Cikgu S. Saya kemudiannya memanggil beliau. Saya menyalami dan mencium tangan beliau. Saya mempelawa beliau duduk dan memperkenalkan diri sebelum menceritakan kebaikan menyimpan wang yang disertakan perlindungan percuma melalui Skim Takaful Haji produk syarikat kami.

Saya berkata dalam loghat Kelantan yang bermaksud, "Saya dulu nakal kan cikgu?"

Beliau menjawab dalam loghat yang sama, "Tak apa nakal pun; pandai."

Saya hanya sengih sebelum meneruskan pembentangan tentang kebaikan produk kami itu.

Dalam fikiran berputar kenangan silam.

Dulu, saya bersekolah di sekolah yang masyhur di Pasir Mas. Dan saya juga berada dalam kelas terbaik walau sebenarnya saya mungkin seorang anak murid perempuan yang paling teruk dari segi perangainya kerana jiwa saya sungguh memberontak di kala itu.

Masa tu, saya masih lagi aktif dengan Karate-Do dan ada seorang 'teman wanita' sejak darjah 5.

Di sekolah saya pakai baju kurung dan bertudung, cuma selekeh yang amat. Tali kasut hampir sentiasa dibiarkan terburai.

Dan... yang paling penting HAMPIR TIDAK PERNAH buat kerja rumah.

Buku-buku latihan dan buku-buku teks dibiarkan berlipat-lipat dan herot perot dalam beg sekolah.

Sering juga kena 'pulas perut' dengan Guru Besar tapi tak pernah serik.

Guru kelas saya iaitu Cikgu S pernah memberitahu atau boleh juga dikatakan melaporkan kepada ibu saya pada masa itu tentang saya (selepas memeriksa beg saya), beliau berkata dengan nada sinis dalam loghat Kelantan yang bermaksud, "Saya tak tahulah andai anak awak dapat 5A dalam UPSR nanti...".

Kemudian, ibu saya beritahu saya tentang hal itu; saya rasa tercabar.

Saya belajar juga walau last minute.

Dan saya betul-betul dapat 5A. Beliau tidak berkata apa-apa pada saya selepas keputusan keluar.

Sudah sekian lama saya tak jumpa beliau sehinggalah 7 Mac baru-baru ini.

Beliau kini sudah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan HEM di sekolah lain, dan dengan rasminya juga, beliau sudah menjadi client saya pada minggu lepas dengan mencarum untuk Takaful Haji secara potongan gaji melalui Biro Angkasa. Hehe~

* In this case, terror = a very troublesome child.

Tuesday, March 17, 2009

TWENTY-FOUR(TH)

Pada 24 Mac nanti akan ada beberapa perkara penting yang akan berlaku pada saya.

Nombor 1: Saya akan lapor diri sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 di Putrajaya.

Nombor 2: Yuna akan pos EP yang saya tempah pada 14 Mac yang lalu - beli secara dalam talian. Dia minta maaf sebab akan hantar lewat sebab masa tu dia berada di Singapura dan akan balik pada hari Isnin. Saya minta autograf, dia setuju; saya gembira. Ehehe~ (Sebenarnya saya tak pasti, selasa depan atau hari ni dia akan pos?)

Nombor 3: Perhimpunan Agung Umno? =P

Saturday, March 14, 2009

DISCONNECTED


Sejak akhir-akhir ini, talian Internet di rumah asyik terputus.

Tapi hari ini makin teruk.

Masalah.

Tapi tak tahu masalah apa sebenarnya. Masalah talian telefon atau streamyx.

Macam-macam sudah abang-abang saya buat termasuklah mengadu ke telekom dan menukar modem baru.

Masih begini. Sukar.

Mohon doa sajalah moga cepat sihat talian kami ini.

Monday, March 09, 2009

ETERNAL LOVE




Masya-Allah, video di atas ini sungguh menyentuh jiwa.

Kasih sayang Rasulullah SallAllahu `alayhi Wasallam pada kita semua sebagai umat memang tiada taranya.

Cuma kita selalu saja tak ambil peduli.

Tak salah jika kita jua membalas kasih sayang baginda, bukan?

Dengan berbanyakkan selawat untuk menyatakan...


Serta mengikut sunnah baginda semampu mungkin. =)

Friday, March 06, 2009

CHAINED


Pada pagi 28/02/09 baru-baru ini, sebelum saya pergi kerja, saya berkesempatan untuk ber-YM seketika bersama kak Hlovate. Saya ucapkan tahniah kepada beliau atas kelahiran Rooftop Rant dan bersembang-sembang sekejap.

Saya kata, mungkin saya ini manusia campuran Jade dan Trisy agaknya. Sudah agak okey sekarang walau bukan 100% okey.

Saya cuba berlawak, rugi saya tak ada Jade. Haha.

Tapi saya tahu, beliau faham agaknya lawak berlagu sendu di hati saya. Beliau nasihatkan saya, cukuplah Allah ada sebagai penolong. Beliau juga bersusah payah cuba mencari tafsir Al-Quran, firman Allah yang bermaksud begitu.

Terima kasih kakak. Moga Allah sentiasa merahmatimu, amin.

Dan ya, saya masih belum bebaskan diri sepenuhnya dari belenggu ini sedari dulu.

Masih mencuba.

Dan juga ya, malam ini, air masin itu merembes lagi tanpa diundang...

Tuesday, March 03, 2009

TAG AGAIN

Saya kena tag lagi.

Kali ini dari Jana.

10 perkara tentang orang yang tag saya:

1) Nama penuh: Nurul Jannah Binti Mahmud.
2) Dia bekas junior saya sewaktu kami sama-sama belajar di UiTM Jengka, Pahang dulu.
3) Dia ada blog.
4) Dia sudah bekerja.
5) Dia baru saja selamat dalam satu kemalangan. Alhamdulillah. =)
6) Dia beritahu dalam blog, dia suka main pool (saya tak tahu pun sebelum ni :p).
7) Dia perempuanlah, takkan lelaki ber'binti' pula. Haha~
8) Dia muda setahun dari saya.
9) Dia orang Johor.
10) Saya rasa, dia suka tengok drama Korea (betul tak ni? Huhu~).

10 perkara tentang saya:

1) Seorang perantis baru dalam Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia yang berdurasi selama 2 tahun bagi melengkapkan kemahiran sepenuhnya untuk keperluan industri insurans/takaful Malaysia. (Siapa mahu sertai sama beritahulah, boleh dapat elaun percuma RM300 setiap bulan tahu? =D)
2) Ada pelbagai personaliti (bergantung pada emosi, keadaan dan masa).
3) Sentiasa bercita-cita tinggi.
4) Anak jati Kelate. :)
5) Ada pelbagai kesukaan, penat kalau nak taip semuanya.
6) Kelakar pada masanya. Iyakah? Haha. =P
7) Ada dua orang abang sahaja (tiga sebenarnya, abang kedua hanya sempat hidup selama seminit), tiada kakak dan tiada adik.
8) Bersemangat kental. (mudah-mudahan, amin)
9) Ada seorang anak saudara perempuan yang comel, lucu lagi nakal!
10) Seorang yang optimis. (harap-harapnya akan selalu begitu, amin)

Saya mahu tag:
1) Bos saya Haha~
2) Angela
3) Shino
4) Ira
5) Ama
6) Rebena

PS: Dikhabarkan melalui blognya, sahabat blogger saya, Dr Zek baru sahaja menghidap strok. Didoakan supaya Dr cepat sembuh, amin.