Wednesday, May 20, 2009

OF UBAT KUAT & NOMAD

CERITA 1

Oleh kerana akhir-akhir ini sentiasa sibuk, (Alhamdulillah, lepas siap kerja yang amat banyak itu sampai tengah hari hari isnin lepas, sekarang sudah boleh sedikit bertenang) saya sudah sediakan dadah-dadah atau boleh juga dipanggil ubat-ubat kuat saya untuk pengambilan setiap hari supaya menjadi sihat dan kuat. =P

1) Pharmaton


2) Madu Al Shifa


Dan kadang-kadang yang ini juga:

3) 100 Plus


CERITA 2

Sejak melapor diri sehingga hari ini, saya sering berpindah randah bagaikan orang nomad. Haha~

Pada akhir bulan Mac sehingga akhir bulan April saya tinggal di Pangsapuri Putra Harmoni (Flat Hijau) di Tingkat 7 (berkongsi bilik bersama teman). Terima kasih kepada sayangku ajuhma yOnnA kerana tolong dapatkan bilik sewa tu. Waktu tu, saya bersyukur sangat sebab sekurang-kurangnya ada tempat berteduh.

Bulan seterusnya, awal Mei sehingga sekarang saya sudah berpindah ke Tingkat 11 di Flat yang sama juga. Cuma, menyewa 1 bilik seorang; tak perlu berkongsi dan rumah yang ini ada mesin basuh.

Sekarang, insya-Allah mahu pindah lagi ke Desa Pinggiran Putra pula, amin.

PS: Terima kasih kay sebab bagi award bawah ni.




Saturday, May 16, 2009

NOT IN MY BOOK

Dulu, saya tak pernah terfikir orang kerja kerajaan perlu sentiasa kerja lebih masa. Sangkaan meleset rupanya. Malam tadi balik jam 11.15 malam. Hari ni datang lagi pagi-pagi ke pejabat. Sekejap lagi sekitar jam 10 pagi kena ke pejabat lain pula untuk sertai mesyuarat.

Hari ini, hari apa?

Sabtu.

Eh, bukan cuti?

... Oh, saya terlupa pula.


"SAYA YANG MENURUT PERINTAH"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


(*Please note my sarcasm)

Friday, May 01, 2009

RELATIONS


Akhir-akhir ini cogankata "Buat kerja" pilihan Mantan Ketua Hakim Negara terasa semacam menikam jiwa sungguh (Woo, ayat apa ni? Haha) .

Hari Jumaat minggu lepas terpaksa kerja lebih masa sampai ke jam 8 malam. Dan minggu ni tiap-tiap hari kerja lebih masa hampir ke jam 6 petang; semalam dan dua hari lepas tak sempat rehat pada waktu rehat tengah hari menyebabkan kami bertiga terpaksa pesan makanan di kafeteria melalui telefon dan makan di pejabat.

Petang semalam, saya rasa saya telah sedikit 'ter'kasar dengan bos dan senior sebab penat sangat dan emosi juga kurang stabil. :(

Jam 9.30 malam tadi saya mula beratur untuk naik flight balik Kelantan. Alhamdulillah, sekarang berada di rumah. Fikiran pun lebih tenang sedikit. :)

Sebelum berlepas, terjumpa kawan. Sempat borak-borak sekejap. Lepas tu saya ada ternampak seorang artis yang tidak saya ketahui namanya; tapi masih cam bahawa dia ialah seorang pelakon. Saya buat tak kesah saja.

Tapi bila naik, rupa-rupanya seat dia 17A dan saya punya 17B; sebelah-menyebelah.

Tempat duduk kawan saya tu paling belakang, sebelum saya duduk, kawan saya terus perasan dan berkata; "Yati duduk sebelah artislah!" sambil ketawa-ketawa. Saya sengih sajalah.

Bila naik saya berborak-borak jugalah dengan artis tu yang duduk di seat 17A dan seorang kakak pereka landskap di seat 17C. Artis tu kata dia baru kahwin, dan dia baca majalah dan banyak belek pasal Gold Coast sebab nanti 2 minggu lagi dia akan pergi honeymoon tertangguh dia tu.

Sempat juga dia belajar beberapa ayat dan perkataan dalam loghat Kelate dengan saya. Dia datang untuk promosi kopi apa entah, event hari ini dan esok yang dia hadir ni juga akan masuk TV9 untuk program Sua Rasa.

Bila dah turun dari kapal terbang, artis tu hulurkan tangan untuk berjabat dan memperkenalkan diri, saya senyum dan dalam kadar lebih kurang 5 saat baru saya sambut tangannya. Memang haram bersentuhan dengan orang bukan muhrim. Tapi demi menjaga maruahnya, saya sambut juga seketika. Lepas tu, saya kira dia berfikir-fikir kenapa saya buat macam tu. Dan dalam jangka masa kurang seminit apabila saya berpisah dengannya, saya terdengar dia bertepuk tangan sekali; saya rasa masa tu baru dia faham agaknya. Kalau faham, baguslah :)